Nuffnang

Monday, February 20, 2012

Lagu dan kerja


Aisyah- Syurga dibawah tapak kaki ibu..

oh sungguh sedihnya lagu tersebut.. sobss.. teresak-esak cik capa di depan pc, pada waktu berkerja begini, bos plak duduk kat sebelah, hadoiii.. ape la aku dah buat nih..
begini ceritanya.. tepat pkul 4.49pm, task cik capa yang latest pun telah siaplah, music playlist pun berkumandanglah lagu tersebut, maka tetiba hati cik capa sebak kerana memikirkan yang cik capa tinggal 6hari saja lagi kerja di Intel ni.. maka akan rindulah cik capa pada kawan-kawan di Intel nih.. juga pada kawan-kawan di Dominos.. sobsss.. menangis lagi dan menagis lagi.. waaa.. cik capa yang gembeng.. tuluuuunnnnn..

Friday, February 17, 2012

pelikkah engineer a.k.a programmer cakap sorang-sorang??

ade ke patut??
ade ke?? patut ke??
betul ke engineer or programmer ni slalu cakap sorang-sorang?

pada suatu hari, ketika aku sedang berompak-ompakan di Dominos, time tu xde order, boleh la nak ompak-ompakan kan, datang seorang kawan ni yang kami panggil Mamu, masa tu aku sedang mengangguk-angguk kepala sambil mataku tertumpu ke arah jadual kerja yang dicetak diatas sekeping kertas dan ditampal didinding dan mulutku terkumat-kamit tanda paham akan jadual tersebut. Mamu bercakap sekuat hati kepada ku seolah-olah aku berada jauh beribu batu, padahal jarak kami setakat 30cm je kot. aaaarghhh.. kuatnya.. sakit telinga aku.. ayatnya begini, "engineer macam kau ni selalu cakap sorang-sorang kan.." What?? aku terkejut.. ada ke patut?? patut ke?? ada ke??  iskkk iskk iskk..
baru la aku perasan hari ni, selama beberapa bulan duduk kat sebelah bos, dah tinggal beberapa hari jek lagi nak bla ni, rupanya memang hari-hari la bos aku ni(FA engineer) akan bercakap dengan apa saja objek yang ada kat depan mata dia. tak kira samada desktop, phone, keyboard, signboard, billboard dan macam-macam la.. terkumat-kamit, terangguk-angguk, tergeleng-geleng, tangan mengawang-awang, hahaha semua dilakukan secara tak sengaja mungkin. dan aku telah mewarisi sedikit sebanyak tabiat ini..  
housemate aku(PE- product engineer) pun mempunyai habit yang sama. hampir setiap malam la aku diganggu dengan bunyi-bunyi bising dari perbualan housemate aku dengan laptop dia, kadang-kadang sampai aku pun terkejut bila housemate aku ni tetiba menjerit " Haaa!! betul la kan.. bla bla bla.." sambil tangannya menuding kearah kawan palsunya itu.. hahahaha..
mungkin situasi diatas boleh menjadi jawapan kepada persoalan diatas juga..
jika anda seorang engineer a.k.a programmer, adakah anda mengalami simptom-simptom penyakit yang sama?? silalah datang ke pusat perubatan islam jakim untuk pemeriksaan lanjut.. hehehe

selepas seorang engineer di Intel, apa pulak la aku akan jadi selepas ini kan??
 adakah seorang cikgu??
oh cikgu capa!!
adakah seorang manager dominos??
HTA Please!! Welcome to Dominos Pizza!! Manager Syafa speaking!!..
adakah seorang bibik penjaga Anas??
alahai babyku Anas..
@
seorang housewife kepada Encik ShaifulRizal??
aduhh abangku sayang.. ngeee~~~

Tuesday, February 14, 2012

aku telah ditambat!!


Salam sejahtera semua..
hampir sebulan darah cik capa ni bertukar rasa.. "DARAH MANIS"!! waa.. meletup gitu kan.. hehe.. senaqnya cik capa dah bertunang.. *malu2 kambing gitew!!* ala2 kucing kena tambat la gitu kan.. Feeling?? fuhh!! debaq-debaq macam kucing nak beranak.. pastu lepas sarung cincin je terus rase macam duk kat awang-awangan.. rase macam baru bercinta macam 3tahun lepas plak kan.. hahaha
dan bermacam-macam lagi la..


cik capa bersama hantaran untuk encik tunang.. suke sangat bunga kuning tu..

ini cik puan L Finna.. pembuat hantaran itu.. tq long.. hadiah nanti bagi ye..






 cik puan ibu sarungkan cincin.. touching sangat time ni.. cik puan ibu masuk bilik jek terus peluk cik capa kuat-kuat dan menangis.. terkedu sekejap..


Encik Tunang yang tak bape nak ensem tapi cik capa nak jugak sebab muka macam artis.. LOL.. *pengsan*

Doakan kebahagiaan kami sampai ke hujung nyawa dan ke syurga.. aminn..



p/s: kepada manusia-manusia cemburu diluar sana, silalah belajar mensyukuri nikmat..

Friday, December 23, 2011

Happy New Year 2012: Preparing to move..

Salam Sejahtera.. Salam Tahun Baru 2012.. Salam Kasih saudara Dunia Akhiratku..
what the %$@*&_)(*&% 2011???? and preparing for an awesomemest 2012?? InsyaAllah..
dalam kepala otak sibuk nak update blog.. tp mata masih melekat kat coding2 ni sume.. maka berlakulah kesilapan2 besar yg konon2 xdisengajakan.. padahal sengaja duk gatal2 nak update blog.. maklumlah.. hati dah bdebar2 nak move to next stage of my life..

If txtSN.Text.Trim = "" Then
    lblStatus.Text = "No Item! Carts must have at least 1 item."
Else
    Dim con As New SqlConnection(connectionString)
    con.Open()
    Dim arr() As String = txtSN.Text.Trim.Split(vbCrLf)
    For i As Integer = 0 To arr.Length - 1
    Dim SN As String= arr(i).Trim
    Dim sql As String= "SELECT 2012 FROM 2011 WHERE HidupAkuMulaBercelaru = '" & txt2011.Text & "'"
    Dim cmd As SqlCommand = New SqlCommand(sql, con)
    Dim m As SqlDataReader
    Dim y As New System.Data.OtakKanan
    Dim w As New System.Data.OtakKiri
    m = cmd.ExecuteReader()
    Dim serialNumberExist As Boolean = m.HasRows
    y.Load(m)
    m.Close()
       If serialNumberExist Then
          lblStatus.Text = ""
          Dim sql1 As String = "INSERT INTO NextStageOfMyLife (Bertunang & BakalBerkahwin) VALUES ( @ShaifulRizal, @Syafawati)"
          Dim cmd1 As SqlCommand = New SqlCommand(sql1, con)
cmd1.Parameters.AddWithValue("@PartDescription", txtSN.Text)
          cmd1.Parameters.AddWithValue("@SerialNumber", txtPartDescription.Text)
          cmd1.ExecuteNonQuery()
          cmd1.Dispose()
          con.Close()
              If y.Rows.Count > 0 Then
                 txtPartDescription.Text = Convert.ToString(y.Rows(0).Item("TunangDulu"))
                 gvItemShip.DataSource = y.w(nothing)
                 gvItemShip.DataBind()
              End If
              cmd.Dispose() : cmd = Nothing
              con.Dispose() : con = Nothing
          Else
              lblStatus.Text &= "Error Capa!!" & txtSN.Text & Xde gune kenang kisah  lalu.. Tahun depan buat yg terbaik utk bakal suamimu..ngeee~~~ !"
              gvItemShip.Visible = False
       End If
   Next
End If

mai kite tgok output die..

Wowww!! merah menyala mak ngah error die.. mmg lah OTAKKANAN aku IS NOT DEFINED!!
side effect bg org yg dh xsabo nak balik Johor jumpe family & my future fiance.. (cewahh..gedixxss)
entry ni patutnye xjd cmni.. oleh kerana kebongongan kepala otak cik capa ni, maka jadilah huruhara-harubiru cmni.. btw xsabo gak nak pindah umah.. tinggalkan rumah berHANTU.. 1st time jumpe org yg giler berani halau orang even bukan rumah die pun.. padahal nak masuk rumah tu cik capa bayar deposit, tiap2 bulan bayar sewa lg.. xpenah lewat n miss.. tp still nak buat cm umah sndri plakk.. haha.. kesian.. dulu nenek tu nak masuk umah tu pn cik capa yg sambut, skang cik capa dah kena halau.. ape bleh buat.. xpela.. dunia ni bulat berpusing.. 1 masa nanti dunia cik capa akan naik semula tp InsyaAllah cik capa takkan lupa melihat kebawah.. setinggi mana pun kita berdiri, jangan lupa yg kita pasti akan jatuh ketanah satu masa nanti..ngehngeh..
adehh.. awat ler ttbe nak emo.. haha.. xde hal la kan.. ini blog cik capa yg punya.. suka hati cik capa la ape nak buat..

 daaaa... PEN OFF!!

Tuesday, December 6, 2011

Lirik Last Breath by Ahmed Bukhatir, Dugaan Kasih dan Mentari Hidup by Haikal

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua saudara dunia dan akhiratku.. InsyaAllah..
New entry dengan lirik lagu-lagu yang sangat menyentuh lubuk kalbuku.. syahdukan lagu-lagu nih.. 
Jom layan lagu dulu..

Last Breath
From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.
Oh mark the words that I do say,


Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do NOT delay!
Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....


Mentari Hidup

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi

Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Dugaan Kasih
Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

 
Mood sejak sebulan yg lalu ala-ala menyentuh perasaan gitu..
ade org btanya: "adakah cik capa sedang bermuram durja kerana berputus kasih??"
jawapan cik capa: "oh tidakla.. cik capa sedang mendidik hati kembali ke pangkal jalan.. sobss.." siapakah sudi membawaku pulang ke jalan itu??
ingatan cik capa kembali ke zaman muda-mudi dulu.. hati sentiasa terisi dengan tazkirah dan nasihat sahabat membantu..

Sunday, October 9, 2011

Monkey Beach, Taman Negara Pulau Pinang.

Tersangat awesome la dapat jungle tracking di Taman Negara, Teluk Bahang, Pulau Pinang with my Intelliers friends. After pekena milo tarik dengan nasi lemak di Taman Tun Saadon, kami bergerak ke Teluk Bahang pada jam 8.30a.m.
 




Jambatan yg xberapa nak tergantung!!





Pantai USM. USM Research Center. 




 Sampai  di Monkey Beach around 12.40p.m. and having lunch with roti telur and hotdog goreng.. yummy!!

Wahh!! Cik abg tu mengelamun..


Anda boleh memilih untuk menaiki bot atau hiking semula untuk pulang ke Teluk Bahang. Kami memilih untuk menaiki bot. Murah jek. RM 40 for 1 boat divide by 10 persons.
Bergerak balik pada jam 1.20p.m.


Dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah ler kejap di Georgetown pekena plak Coconut Shake + Mee Sotong. It was Awesome!!

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Kareem..

Masib belum terlambat kiranya untuk aku mgucapkan Salam Ramadhan Mubarak buat semua umat Muslimin Muslimat seluruh dunia..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur ya Allah.. Syukur aku masih menghirup udara Mu ya Allah.. Syukur masih aku dapat mengecapi nikmat bulan Ramadhan.. 
Bulan penuh keberkatan.. Pintu-pintu langit terbuka..  

Untuk pertama kali nya aku merasakan ketenangan bertemu dengan Ramadhan..
Sayu.. Insaf mencari pengertiannya..
Bimbinglah aku ya Allah ke jalan -Mu yang benar..
Ampunkan segala dosa ku ya Allah..
Pertama Ramadhan ini, aku tidak berlapar.. kerana mengingati-Mu..
Pertama Ramadhan ini, aku tidak kehausan lagi.. kerna merindui Mu..

Baru usai bertarawih di Masjid Bayan Baru.. Rindu rasanya pada Masjid tu..
Untuk rakaat ke-8, tiba-tiba lampu terpadam.. mencari-cari arah cahaya dari celah mata.. namun tiada.. bergema laungan takbir dari jemaah-jemaah masjid menyahut takbir dari suara Imam yang sayup-sayup kedengaran.. terasa sangat tenangnya hatiku.. Ya Allah.. Subhanallah..
 
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. S. Ali Imaran:8

Salam malam Ramadhan ke-9.